Selepas masuk Tingkatan 6, kita mesti pernah terfikir sebelum ini tentang buku jenama apa yang kita patut pakai. Jadi saya nak kongsikan jenama buku yang baik yang saya dah guna sepanjang saya di melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.
1. Oxford(Ace Ahead)
Jenama buku ini merupakan jenama buku yang paling banyak saya beli. Hampir keseluruhan buku yang saya gunakan adalah jenama Oxford(Ace Ahead). Saya pilih buku ini kerana susun aturnya yang mantap ditambah lagi dengan pewarnaan buku yang menarik membolehkan saya membaca dengan lebih selesa. Selain itu, buku ini juga menyediakan nota-nota ringkas sama ada di ruang sisi atau di hujung topik. Antara subjek yang saya gunakan bagi jenama ini ialah Pengajian Am, Sejarah, Geografi dan Ekonomi.
2. Local publication(LP)
Buku jenama ini merupakan antara buku yang cikgu-cikgu gemar guna kalau kat sekolah akulah. Terutamanya buku Geografi. Isinya memang padat dan menyeluruh. Ada juga buku yang ringkas Tetapi dari segi penampilannya memang tak boleh lawan Oxford(Ace Ahead).
3. Pelangi
Buku jenama ini tak pernah saya gunakan. Tetapi ada guru-guru dan kawan saya yang guna jadi saya boleh tahu macam mana kualiti buku itu. Buku ini agak padat juga. Saya sarankan jangan beli buku pelangi subjek Sejarah. Bukan sebab kandungannya tak menepati skop pembelajaran tetapi ada juga sedikit yang kurang tapi tak juga banyak, cara penyampaian isi kandungan bagi subjek Sejarah ada yang disusun secara kronologikal. Maksud saya susunan isi kandungan tu berturutan seperti cerita. Jadi ia menyebabkan pelajar agak susah untuk mencari maklumat kerana maklumat berpisah.
4. Longman
Saya kurang pasti dengan buku ini. Tetapi bagi cikgu Pengajian Am saya sangat sarankan buku ini kerana isinya yang padat. Buku ini tebal berbanding buku jenama lain. Ini bermakna buku ini agak mahal dari yang lain.
Itu sahaja pendapat peribadi saya tentang jenama buku yang sesuai kita guna. Ada banyak lagi buku yang ada di pasaran sebenarnya, ini cuma saranan saya sahaja, bukan semua betul 100%. Kesimpulannya, buku jenama Oxford adalah yang terbaik. Saya tak suruh beli semua buku jenama itu sahaja, tetapi boleh juga beli buku yang cikgu sarankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan