Sabtu, 11 Januari 2020

Tip-tip persediaan menjalankan kerja kursus Tingkatan 6.

Entri kali ini membincangkan tentang tip-tip menjalankan kerja kursus Tingkatan 6.
Setelah semester 1 berlalu, tidak lama lagi semester yang seterusnya akan bermula iaitu semester 2 dan seterusnya semester yang terakhir semester 3. Dalam semester 2 dan 3, pelajar akan ditugaskan untuk menyiapkan kerja kursus. Jadi, terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan semasa menyiapkan kerja kursus.

1. Sedia lebih awal
Persediaan lebih awal sangat penting sebelum bermulanya tugasan kerja kursus. Pelajar boleh mencari maklumat berkenaan kerja kursus yang akan dibuat yang sebelum disuruh oleh pensyarah. Perkara ini penting supaya pelajar dapat mengetahui macam mana rupanya kerja kursus tersebut. Dengan itu, pelajar dapat mencari bahan lebih awal sebelum mula buat kerja kursus.

2. Sediakan peralatan
Selain itu, setiap kerja kursus tak ira apa sahaja subjek semestinya melibatkan penggunaan laptop, komputer atau telefon bimbit. Jadi, yang tidak mempunyai laptop cepat-cepatlah membeli laptop atau meminjam daripada orang lain. Lagi satu, pelajar juga membeli alat pencetak atau sekiranya ada alat pencetak di rumah pastikannya berada dalam keadaan baik dan berisi dengan dakwat. Sekiranya tidak ada gunakan sahaja alat pencetak yang disediakan di sekolah atau mencetak di kedai-kedai yang menyediakan kemudahan mencetak. Hal ini kerana pelajar akan banyak kali mencetak hasil kerja kursus untuk dinilai oleh pensyarah tetapi hanya sebagai draf untuk pembetulan.

Pelajar juga hendaklah membeli barang-barang yang penting untuk membuat kerja kursus seperti kertas A4, fail untuk menyimpan hasil penulisan kerja kursus dan alat-alat untuk kegunaan kerja kursus. Disamping itu, pelajar juga hendaklah membeli bahan yang disuruh oleh pensyarah.

3.Tahu dimana hendak mencari bahan
Terdapat banyak sumber dimana pelajar boleh mencari bahan untuk kerja kursus. Namun begitu, sumber utama sebagai panduan melaksanakan kerja kursus ada di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM).

Terdapat juga sumber-sumber lain seperti blog-blog yang menyediakan contoh-contoh kerja kursus. Laman web seperti Academia juga menyediakan contoh kerja kursus bekas pelajar Tingkatan 6.

Tiada ulasan:

Catat Komen