Selasa, 14 Januari 2020

Sipitang

Sipitang? Anda belum kenal? Ataupun sudah kenal dan nak tahu lebih lanjut. Jom baca entri ini.

Okay, saya nak ceritakan pasal tempat ini sebab saya baru je ke Sipitang tadi nak pergi ambil ujian komputer. Jadi rasanya saya nak ceritakan juga apa yang menarik di Sipitang ni. Dah terdetik dihati nak cerita kat kamu ni pasal tempat ni hehe. Okay! Buat orang yang belum mengenali Sipitang ni mari saya beri sedikit sebanyak maklumat tentang Sipitang.

Pengenalan.

Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.

Sumber:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sipitang

Sejarah.

Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabernor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.

Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU. Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.

Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan. Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke.

Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).


Tempat-tempat menarik di Sipitang.

1. Long Pasia.


Long Pasia adalah sebuah desa kecil etnik Lundayeh, sebuah kawasan subur yang penuh dengan pelbagai tumbuhan yang tidak terdapat di mana-mana tetapi ada di sini.

Selain memberi ganjaran kepada para pengunjungnya dengan khazanah alam, Long Pasia adalah tempat anda dapat mencari pengembaraan budaya dan pengalaman.  Sisa-sisa yang ditinggalkan oleh leluhur Lundayeh Upai Semaring menambah kemistikan dan legenda kepada Long Pa Sia.

Lawatan anda ke Long Pasia tidak akan membosankan anda.  Orang asli sebagai pemandu pelancong, anda akan memberitahu anda tentang tumbuh-tumbuhan yang anda lihat.  Anda juga akan belajar tentang legenda yang mengelilingi bukti-bukti, yang tersebar di seluruh rantau tentang kewujudan Upai Semaring.

Tidak ada resort di Long Pasia.  Sebaliknya, pengalaman anda di sini menjadi kaya dengan program penginapan di mana anda tinggal bersama keluarga atau tuan rumah.  Kadarnya adalah kira-kira RM35 seorang setiap malam, termasuk makanan.

Selain itu, Long Pasia juga pernah dikatakan seakan-akan negara Switzerland kerana mempunyai udara yang segar dan bukit-bukit yang hijau.

2. Pasar Sipitang.


Siapa yang tidak tahu fungsi pasar kan. Di pasar ini terdapat banyak buah-buahan, sayur-sayuran segar dari petani yang dijual dengan harga yang berpatutan.

3. Medan Selera Sipitang.


Bagi anda yang ingin mengisi perut di Sipitang. Jangan lupa untuk datang singgah ke Medan Selera Sipitang. Terdapat banyak menu makanan yang disediakan dan sate merupakan makanan yang popular di sini. Selain makan, anda juga boleh menikmati suasana pantai yang berada di hadapan gerai sambil menjamu selera.

4. Pantai Sipitang(Merintaman).


Pantai Sipitang atau dikenali sebagai Pantai Merintaman merupakan pantai yang popular di Sipitang dan mempunyai banyak pengunjung lebih-lebih lagi pada waktu petang kerana pemandangan pantai yang menawan. Anda dapat menangkap foto  yang cantik untuk kenang-kenangan.

5. Esplanad Sipitang.


Antara semua tempat yang saya senaraikan, hanya tempat ni yang saya sempat singgah.

Esplanad Sipitang merupakan tempat anda boleh melepak, beriadah, berjoging dan pelbagai lagi aktiviti santai sambil melihat pemandangan laut dan merasai hembusan angin yang nyaman.

Gerai-gerai yang berdekatan membolehkan anda singgah untuk membeli pelbagai makanan sepanjang berkunjung di sini.

Waktu yang paling terbaik untuk mengunjungi Esplanad Sipitang adalah pada waktu petang. Selain banyak gerai dibuka untuk pengunjung, anda juga boleh melihat suasana pemandangan pantai yang indah pada waktu petang dan inilah waktunya anda boleh mengambil gambar indah sama ada bersama keluarga, kekasih, juga secara solo. 

"Bayangkan, pada waktu petang, anda duduk di kerusi yang menghadap laut memandang langit yang kelihatan warna keorenan menandakan waktu petang hendak mengundur diri. Angin bayu laut menghembus lembut muka, tangan dan kaki membuatkan diri terasa segar. Anda terlupa semua masalah yang telah berlaku dalam hidup ini dan hanya menikmati saat-saat yang indah di sana."

Tiada ulasan:

Catat Komen