Jumaat, 10 Januari 2020

Perpisahan yang jauh: part I

Tahun 2016 tidak lama lagi akan berakhir. Banyak hari telah berlalu, sekelip mata terus sampai ke saat itu, saat dimana perpisahan aku dengan rakanku, cikguku, orang sekelilingku dan sekolahku. Sudah tiba masanya untuk aku meninggalkan semua semua orang yang telah ku jumpa sepanjang hidupku selama ini dan mencuba kehidupan baharu yang belum diketahui kepastiannya apakah yang akan terjadi.

Sudah tiba saatnya, pada hari terakhir aku bergelar sebagai pelajar di sekolah itu. Demi memenuhi keperluan ibu bapa, saya harus mengikuti apa yang patut. Aku berjumpa dengan guru-guru, bersembang buat kali terakhir. Menjenguk, bersiar-siar di kawasan sekolahku, memasuki asrama apabila diajak kawanku walaupun aku bukan pelajar yang tinggal di asrama, berjumpa dengan rakan-rakan sekelas dan bulan sekelas. Pada masa itu, mereka sibuk untuk mengemas barang-barang keperluan harian mereka. Bilik menjadi kosong, yang tinggal hanya, katil, tilam bantal, kipas yang berada seperti belum dihuni orang.

Hari itu merupakan hari terakhir sebelum cuti hujung tahun bermula. Pada masa itu aku tingkatan 4 dan merupakan tingkatan terakhir buatku disana kerana aku akan berpindah sekolah. Bukan dekat, tapi jauh. Pernah terlintas di fikiranku bahawa apa yang akan terjadi sekiranya aku berada di sekolah baruku. Apakah ia sama seperti disini, adakah perasaannya seperti kawan-kawanku ini yang selama ini telah bersamaku sepanjang bersekolah di sekolah yang tercinta ini. Sesungguhnya telah banyak memori yang tercipta yang membuatkanku untuk berharap terus kekal tinggal disini. Namun jika pilihan tersebut adalah yang terbaik, maka aku terima saja.

Pada hari tersebut, aku dengan kawan baikku seorang, seronok bercerita tentang perkara yang lucu. Bergurau senda, berceritakan tentang masa depan yang belum pasti berlaku tetapi sudah terimaginasi di fikiran. Bermain seperti kanak-kanak yang belum matang. Selama ini, sepanjang aku bersekolah di sini sampai tibanya waktu perpisahan, aku belum pernah menceritakan tentang hasrat keluargaku untuk berpindah ke tempat tinggal lain. Tempat tinggal yang merupakan tempat tinggal asal keluargaku. Hanya guru-guru saja tahu akan pemergianku.


Tiada ulasan:

Catat Komen