Rabu, 8 Januari 2020

Tingkatan 6 : perkara penting yang perlu kamu tahu

Tingkatan 6: perkara penting yang perlu kamu tahu


Gambaran keseluruhan tingkatan 6

Tingkatan 6 atau dikenali sebagai prauniversiti, merupakan salah satu alternatif pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke menara gading(Universiti samaada IPTA atau IPTS). Tingkatan 6 menawarkan 2 jurusan iaitu jurusan sains dan sains sosial. Penerangan lebih lanjut ada di bawah.

Subjek yang ditawarkan


Setiap sekolah di malaysia menawarkan pelbagai subjek. Ini bermaksud ada sekolah yang menawarkan subjek yang tidak ditawarkan di sekolah lain.
Senarai dibawah merupakan senarai keseluruhan subjek yang ditawarkan.
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 958 Computing
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi)
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual

Pertukaran format

Mathematics S (bermaksud Matematik gunaan) dan Mathematics T (bermaksud Matematik tulen) dalam format lama STPM (sebelum tahun 2012) akan disemak semula untuk Mathematics M (Pengurusan) dan Mathematics T (Teknologi) masing-masing.

Sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran Matematik akan dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan bidang topik.

Mathematics M
  • Algebra and Calculus
  • Statistics
  • Financial and Decision Mathematics
Mathematics T
  • Algebra and Geometry
  • Calculus
  • Statistics
Further Mathematics
  • Discrete Mathematics
  • Alegebra and Geometry
  • Calculus


Semua mata pelajaran Matematik (tidak termasuk Further Mathematics) berkongsi sukatan pelajaran yang sama untuk bahagian "Algebra" tetapi sukatan pelajaran yang berbeza bagi bahagian "Statistics" walaupun tajuk yang sama.

Syarat kemasukan

Syarat kemasukan bagi tingkatan 6 ni tidaklah terlalu ketat. Ada juga kadang-kadang pelajar yang mempunyai keputusan yang tidak baik dalam SPM pun boleh masuk tetapi perlu memenuhi syarat tertentu juga. Sebelum itu kamu perlu tahu cara pengiraan nilai mata gred kemasukan ke tingkatan 6.


Jadual dibawah menunjukkan nilai mata gred yang digunakan bagi pemilihan pelajar ke tingkatan 6.


Syarat am

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun.

Syarat khas

1. Jurusan sains

Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal
  • Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian

2. Jurusan sains sosial


i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun / English For Science And Technology
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

ii. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut.

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/
  • Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
  • Sejarah 2
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/
  • Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

iii. Murid Berkeperluan Khas (MBK)

a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;

b) Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2020

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 : Syarat Khas


1. Jurusan Sains


Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran iaitu sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut:

  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal
  • Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

2. Jurusan Sains Sosial (Syarat Kemasukan Tingkatan 6)


i. Sekolah Menengah Harian.

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual
  • Seni Halus
  • Teater
  • Reka Bentuk
  • Pendidikan Muzik
  • Muzik
  • Tari
  • Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science

Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

  • Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology
  • Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan

ii. Sekolah Menengah Agama (Syarat Kemasukan Tingkatan 6)

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
  • Bahasa Arab

b) Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :

  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran


Tempoh masa

Tempoh masa pengajian di tingkatan 6 ni adalah 1 tahun setengah. Ianya merupakan tempoh yang singkat jika hendak dibandingkan dengan institusi pengajian lain seperti kolej yang menawarkan kursus diploma. Oleh itu pelajar dapat kelebihan untuk melanjutkan pelajaran lebih awal ke Universiti yang anda idam idamkan hehe.

Permohonan kemasukan ke tingkatan 6

Untuk pengetahuan adik-adik sekalian, pelajar tidak perlu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan pelajar yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan secara automatik ke Tingkatan 6, malah bagi yang tidak mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6, pelajar boleh membuat rayuan kemasukan dengan mengisi borang rayuan.

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6

Terdapat beberapa cara untuk menyemak keputusan kemasukan ke Tingkatan 6 ni.

1. Semakan online

keputusan kemasukan ke tingkatan 6 boleh disemak di pautan berikut:-



2. Semakan SMS

Pelajar dapat menyemak keputusan kemasukan ke tingkatan 6 dengan mengikuti langkah berikut:-

Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888

                                                 atau


Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888


Penutup

Rasanya itu saja perkara penting yang kamu perlu tahu berkenaan Tingkatan 6 atau Prauniversiti ni. Ada apa-apa soalan boleh tanya di ruang komen dan jangan lupa follow okay, harap kamu dapat sokong saya yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogger, dan satu lagi kalau ada cadangan nak buat blog apa lagi boleh komen di bawah.

TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Komen