Rabu, 8 Januari 2020

Pengalaman belajar di Tingkatan 6

Tenangkan fikiran

Sebelum baca post ni, tenangkan minda dan fikiran tarik nafas, huussshhh haaahh, yang nak pergi tandas pergi tandaslah dulu, cuci tangan dan basuh muka.

Hi, hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya belajar di tingkatan 6 ataupun dikenali sebagai Prauniversiti.

Sebelum masuk Tingkatan 6

Sebelum aku(tak pasti nak guna aku ke saya) masuk tingkatan 6 ni, aku trylah apply kat upu nak mohon masuk universiti ambil diploma. Masa tu aku apply semua yang berkaitan dengan bidang perniagaan macam perakaunan, pengajian perniagaan, pengurusan hartanah(ehh ni bukan perniagaan) dan yang lain tak ingat. Mohon punya mohon, lepas keluar result aku ditawarkan kursus pengajian perniagaan di universiti dot dot dot, hehe. Selepas itu, saya dapat tawaran masuk ke tingkatan 6. Jadi saya pun buatlah research tentang tingkatan 6 ni. Jadi akupun terus berminatlah nak masuk tingkatan 6 ni hehe. Bukan apa masa ni sangat singkat, usia aku masa tu pun dah 18, tambah 20 tahun dah 38 tahun, tua lepastu meninggal.
Naaahh sorry rasanya keluar tajuk dah ni hehe ok back to the real topic.

Aku dapat surat tawaran masuk tingkatan 6 ni dekat cikgu, untuk dapatkan kepastian aku ceklah dekat internet sama ada betul kah tidak tawaran ini, ternyata betul hehe.

So, aku kena datang ke sekolah untuk mendaftarkan nama. Okay ini penting, sebelum pergi ke sekolah mau mendaftar tu, cuba kau tengok dulu penampilan kau yang telah dekat 5 bulan tak bersekolah tu. Saya tau ada yang rambut sudah berwarna, yang lelaki rambut berparit harap terasa. Pastikan penampilan anda baik ok, lelaki pakai baju tshirt, seluar yang sesuai, necktie, ala ala U konok. Yang perempuan pula pakai baju janganlah yang menjolok mata, jangan ketat macam gadis tik tok gelek gelek tu.

Lepas mendaftar tu, aku dan kawan aku dan pelajar dari sekolah lain masuk ke salah satu kelas dekat blok tingkatan 6. Disitulah kami berjumpa guru baru kami. Pada masatu kami diberi taklimat tentang subjek yang ditawarkan oleh cikgu. Cikgu berganti-ganti masuk menerangkan subjek yang mereka akan ajar. Cikgu pun okay tak garang pun cuma first impresion kalau jumpa tu memanglah tak begitu tepat. Dekat seminggu juga cikgu still bagi taklimat, lepastu bermulalah pembelajaran kami. Opps, lupa nak bagi tau, sebelum tu kami disuruh pilih kombinasi subjek jadi di antara BM dan Ekonomi saya pilih Ekonomi sebab memang dulu saya minat pasal bisnes-bisnes nii, taulah nak kaya kena jadi bisnesman, huhai.

Semester 1 ni agak senang sikit, sebab belum lagi buat kerja kursus. Tapi, sem 1 lebih kepada menghafal fakta, bayangkan 4 buku tebal dekat 1 inci lebih sikit nak hafal bukan senang. Subjek pun agak mencabar, walaupun ada subjek yang pernah aku belajar di tingkatan 5 seperti Sejarah dan Geografi yang akan jadi kelebihan buat saya, tetapi, subjek versi Form 6 ni lagi detail. Masa tu juga mulalah rapat dengan rakan sekelas yang dahulunya di kelas yang berlainan aliran. Sem 1 ni syukur, aku dapat gred yang tinggi. Kalau dekat universiti, dah boleh ambil anugerah dekan ohh.

Semester 2 pula mulalah kami buat kerja kursus, bukan 1 tapi 2. 1 bagi subjek Pengajian Am dan 1 lagi untuk subjek Sejarah. Dengan kehadiran kerja kursus ni lah agak mengganggu. Mana nak buat kerja kursus, belajar, siapkan kerja rumah dll. Buat pengetahuan anda, kerja kursus ni ada yang kita perlu buat secara lapangan, maksud saya kita kena lawat kawasan kajian, temuramah responden menggunakan borang soal selidik yang telah dibuat dan ada yang buat dirumah je menaip dan mencari maklumat kat internet. Selepas itu, keputusan sem 2 pun. Agak mengecewakanlah sebab keputusan 2 subjek aku menurun. Samaada nak repeat atau tidak. Gaiss, peperiksaan sem 1 dan 2 boleh ulang kalau kau dapat gred yang kurang baik tau, nilah salah satu kelebihan masuk tingkatan 6.

Semester 3 merupakan semester atau penggal terakhir di tingkatan 6. Sem ni juga melibatkan kerja kursus baharu, Geografi dan Ekonomi dan ya merupakan gangguan dalam pembelajaran, tapi kerja kursus tetap memberi markah dalam keputusan peperiksaan kita ok, dan setiap subjek ada wajaran markah yang mana kerja kursus memberi wajaran yang agak besar disitu. Satu lagi perkara sem ni tak boleh ulang, jadi usaha mestilah dalam tahap yang maksima(sepatutnya sepanjang sem 1 sampai sem 3). Tapi tulah manusia lambat berubah, last last minute baru berusaha lebih, hasilnya terus tidak memberangsangkan. Sebenarnya keputusan peperiksaan sem 3 dan keputusan keseluruhan belum lagi diketahui. Jadi berdoalah yang terbaik hehe.

Penutup

Sudah ke hujung catatan, terima kasih kerana sanggup melawat blog saya yang serba boleh ni. Jangan lupa untuk follow blog ni untuk mendapat pengetahuan tentang post-post baharu, tak rugi pun kan kan kan hehe, terima kasih, bye.







Tiada ulasan:

Catat Komen