Sabtu, 11 Januari 2020

Belajar main Kiub Rubik: 3 cara pembelajaran yang sesuai.


Kiub Rubik merupakan salah satu permainan gemar dimainkan oleh yang ramai orang terutamanya golongan muda pada masa ini. Bermain Kiub Rubik ini juga boleh merangsang kemahiran berfikir otak kita hampir sama seperti bermain atur.

Namun agak susah untuk kita belajar bermain kiub sekiranya tidak mempunyai sumber pembelajaran. Jadi saya akan beritahu 3 cara anda boleh belajar bermain Kiub Rubik dengan mudah.

1. Internet.
Di internet banyak sumber yang kita perolehi tentang pembelajaran kiub ini. Namun agak susah kerana maklumat agak bertaburan.

2. Aplikasi tutorial Kiub Rubik.
Cara ini merupakan cara kegemaran saya untuk mencari langkah untuk menyelesaikan Kiub Rubik. Terdapat banyak aplikasi yang berkenaan rubik kiub yang boleh didapati di gedung aplikasi di telefon kamu. Melalui aplikasi, anda dapat akan diajar semua tentang cara menyelesaikan kiub rubik berdasarkan jenis kiub yang anda ingin selesaikan terutamanya kiub rubik 3×3.

3. Youtube.
Kepada para penggemar aplikasi Youtube yang sering menonton video di youtube. Anda juga boleh mencari tutorial bermain Kiub Rubik. Terdapat banyak youtuber yang membuat video tentang cara menyelesaikan Kiub Rubik ini.

Tetapi menurut pengalaman saya yang sekarang ini pandai bermain Kiub Rubik 3×3, saya menggunakan semua kaedah yang telah di senaraikan diatas. Bermain Kiub Rubik adalah senang jika kita fahami betul-betul konsepnya.

Tiada ulasan:

Catat Komen