Jumaat, 10 Januari 2020

Bagaimana anda boleh luangkan masa cuti sekolah dengan berkualiti.

Hi pembaca yang sedang membaca catatan ini. Kali saya nak kongsi tentang sedikit perkara tentang bagaimana anda boleh luangkan masa anda dengan berkualiti ketika bermulanya sebuah musim. Bukan musim panas, dingin, bunga luruh tetapi musim cuti sekolah.
Sebelum itu, cuti ini boleh dikatakan sebagai hari istimewa dimana orang yang bergelar pekerja atau pelajar meluangkan masa dengan melakukan perkara yang bukan melibatkan kerja. Maksud di atas bukan definisi sebenar cuti tetapi cuma menjelaskan apa sebenarnya keadaan sebenarnya cuti itu.

Jadi, saya telah senaraikan beberapa perkara yang boleh kamu lakukan sepanjang cuti sekolah.

1. Belajar main alat muzik.
Seringkali kita melihat kawan-kawan, pemain gitar atau orang yang kita pernah jumpa yang pandai bermain alat muzik seperti gitar. Jadi, pada waktu cuti ini cuba untuk luangkan masa cuti sekolah dengan mencuba belajar bermain alat muzik. 

Tidak kira apa alat muzik tersebut. Oleh itu, bermain alat muzik dapat menjadi kelebihan buat diri kita. Kita boleh dijemput untuk membuat persembahan di sekolah sebagai gitaris, bermain gitar bersama kawan-kawan di sebuah rumah, alangkah seronoknya saat itu.

Satu lagi mungkin boleh jadi strategi untuk memikat gadis impian yang telah lama anda ingin memilikinya. Maklumlah, ada para gadis yang terpikat dengan lelaki yang pandai main gitar.

Sebagai tambahan, bermain alat muzik juga merupakan medium bagi mengurangkan perasaan stress. Beberapa artikel telah saya baca tentang kelebihan bermain alat muzik ialah mengurangkan stress. Ini penting supaya dapat memperkuatkan mental anda bagi menempuhi alam persekolahan setelah cuti telah berlalu pergi.

2. Membaca buku.
Walaupun cuti sekolah, pembacaan buku tidak semestinya kita mesti lupakan. Walaupun majoriti pelajar mengatakan membaca buku membosankan. Namun begitu, terdapat banyak manfaat sebenarnya sekiranya kita banyak membaca buku. Antaranya ialah meluaskan ilmu pengetahuan, mengurangi stress, menambah pengetahuan tatabahasa, melatih kemahiran otak untuk berfikir, fokus, dapat melihat dunia dengan aspek yang lebih luas dan mendalam.

Terdapat banyak jenis buku seperti novel, komik dan jurnal yang boleh dijadikan pembacaan sepanjang cuti. Saya yakin dengan menjadikan amalan membaca untuk meluangkan masa cuti sekolah, anda pasti akan lebih lancar dalam percakapan kerana telah banyak ilmu yang telah tersimpan dalam memori anda. 

3. Bersenam.
Bersenam sangat penting untuk memastikan badan kita sentiasa sihat. Badan akan berfungsi dengan baik dan anda mempunyai mental da fizikal yang sihat. Sepanjang cuti sekolah, anda mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti bersenam seperti berjoging.

Anda boleh mengajak sekali kawan-kawan sekiranya anda bosan untuk bersenam sekaligus menambah keseronokan ketika bersenam. Anda boleh melakukan aktiviti bersenam kira-kira 3 kali seminggu dan selama 30 atau boleh ditingkatkan ikut kemampuan.

4. Membuat lawatan.

Hari persekolahan membuatkan kita sentiasa sibuk untuk melakukan kerja-kerja sekolah. Lebih-lebih lagi semasa peperiksaan semakin hampir. Hampir sepenuh masa diluangkan untuk belajar demi mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan.

Jadi dengan adanya waktu yang terluang ini alangkah baiknya anda pergi melawat saudara-mara, kawan-kawan atau seseorang yang telah lama tak berjumpa atau ingin meluangkan masa bersama untuk melakukan sesuatu yang berfaedah.

Anda juga boleh membuat lawatan ke tempat-tempat yang menarik yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Sekiranya mempunyai duit atau keluarga mempunyai masa lapang. Anda boleh pergi melancong. Tiada lagi masa yang terbaik selain cuti kalau hendak melancong kerana fikiran anda akan lebih terasa bebas daripada kerja-kerja sekolah yang memeningkan.

5. Meningkatkan pengetahuan bahasa.
Buat pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa kedua khususnya bahasa Inggeris atau ingin mempertingkatkan pengetahuan bahasa Inggeris. Masa cuti adalah masa yang terbaik. Anda boleh mengikuti kelas bahasa Inggeris, kursus secara talian atau diajar oleh seseorang yang berpengetahuan dalam bahasa Inggeris.

Dengan sedemikian, anda akan lebih mahir menulis dan dapat bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik dan yakin.

Tiada ulasan:

Catat Komen